Friday 17 October 2014

Zikir yang bagus untuk diamalkan : Ayat Penggerak

Ayat penggerak adalah zikir yang boleh diamalkan untuk memberi petunjuk dan petanda kepada seseorang yang sedang membuat keputusan penting dalam hidup, contohnya dalam perjalanan, urus niaga perniagaan, mencari jodoh, menaiki kapal terbang dan sebagainya.

Biasanya kita mengetahuinya sebagai alamat atau firasat sendiri tentang sesuatu perkara. Mungkin anda pernah mendengar orang kata 'Macam tak sedap hati la', kan?

Ayat yang dimaksudkan adalah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْ ءٌ فِى الْاَرْضِ وَلَا فِى السَّمَا ءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ  

Maksudnya: "Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudarat dengan nama-Nya sesuatu di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Cara-cara untuk beramal dengan ayat penggerak ini:

  1. Sebelum memulakan perjalanan samada perjalanan dekat atau jauh, baca ayat ini terlebih dahulu sebanyak 7 kali.
  2. Jika anda membaca tersekat-sekat atau tidak lancar walaupun anda telah menghafalnya dan memahaminya, atau terdapat gangguan ketika membacanya seperti deringan telefon bimbit, anda berehat terlebih dahulu. Selepas reda, ulang semula bacaan ayat tersebut sebanyak 7 kali. Jika kali ini bacaan anda lancar, maka anda boleh meneruskan perjalanan atau membuat perkara lain. Insya-Allah.




peluang perniagaan bersama RF3 world. Pengedar dan stokis diperlukan:Dapatkan krim ajaib 786 firmax 3

Hubungi :

012-3969017
017-3214917
www.krim786.blogspot.com
facebook : https://www.facebook.com/krim786 

No comments:

Post a Comment