Friday, 4 March 2016

PENYAKIT KENCING MANIS ATAU DIABETES | MERAWAT DAN MENYEMBUH







Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu





10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

---------------------------------------------------------------



1.Paras gula darah tinggi



Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. 



2.Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam



Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.



Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.



3. Hilang berat badan secara tiba-tiba



Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.



Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.



4.Sentiasa rasa lapar



Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.



Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.



5. Luka lambat sembuh



Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.



6. Keletihan dan cepat marah



Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.



7. Terdedah kepada jangkitan kulat



Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain

.

8. Penglihatan kabur



Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.



9. Sensasi pada tangan dan kaki



Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.



10. Kulit merengsa



Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.



KRIM TERAPI HORMON FIRMAX 3 MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT DIABETES ATAU KENCING MANIS DENGAN MENYEMBUHKAN LUKA DENGAN CEPAT,MENSTABILKAN HORMON,MENCAIRKAN DARAH DAN MENGGANTIKAN SEL-SEL BARU DALAM BADAN.



PENGEDAR FIRMAX 3 MALAYSIA





HUBUNGI KAMI:





PENGEDAR PRODUK CERAHKAN KULIT,HILANGKAN JERAWAT,JERAGAT DAN BINTIK HITAM

-------------------------------------------------------------------------



http://bit.ly/1pr6o4q





USAHAWAN RF3 WORLD MALAYSIA:





http://on.fb.me/1nmFQQ8







KRIM TERAPI HORMON FIRMAX 3





http://on.fb.me/1QzKrXt





BLOG PENGEDAR PRODUK RF3 WORLD





http://bit.ly/1QzKtPk





BLOG KRIM TERAPI HORMON FIRMAX 3





http://bit.ly/1LGeVu9







TIPS DAN PETUA KECANTIKAN





http://bit.ly/1YdBNmJ





CHANNEL TELEGRAM PELUANG BISNES RF3 WORLD





http://bit.ly/1OVFtCx





WHATAPPS/TELEGRAM



012-3969017

012-3969017

012-3969017